Tuesday, November 10, 2009

~ KeLas SuLaMaN MaNiK LaBuCi Siri 1/2009 < SeLePaS KeLaS> ~

Alhamdulillah kelas pertama saya telah berjaya diadakan pada hari Ahad yang lepas. Kelas telah dijalankan di rumah saya di Bandar Baru Bangi. Pada asalnya ada 5 orang pelajar, kemudian jadi 4, kemudian jadi 3 orang sahaja akhirnya. Masing-masing 2 pelajar yang tidak dapat hadir mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun mereka masih berminat untuk belajar pada kelas yang datang dan akan diumumkan kelak.

Pelajar-pelajar yang hadir ialah Juliesafarina (Serdang), Naja (Putrajaya) dan Nana (Putrajaya). Masing-masing memberikan komitmen dan kesungguhan untuk mempelajari sulaman manik dan labuci ini. Saya bersyukur kerana mereka telah dapat menghabiskan semua teknik yang telah diberikan dalam checklist saya. Semoga selepas ini pelajar saya ini akan dapat mencantikkan baju atau boleh mendapatkan pendapatan sampingan.

Good luck to u all n keep on beading.........

Dari kiri:  Mira, Juliesafarina, Nana, Naja














Pelajar sedang khusyuk menyulam

















1 comment:

~mama aiman~ said...

sory ya kak mira!! insyaAllah next time will join it!!!