Thursday, January 14, 2010

~ Kelas Sulaman Manik & Labuci Siri Februari 2010 ~

Saya bercadang untuk mengadakan Kelas Sulaman Manik & Labuci bagi Siri Februari 2010 seperti berikut:

Tarikh-Tarikh Yang Akan Dijalankan Kelas:

13 Februari 2010 (Sabtu)

14 Februari 2010 (Ahad)
20 Februari 2010 (Sabtu)
21 Februari 2010 (Ahad)
27 Februari 2010 (Sabtu)
28 Februari 2010 (Ahad)
(Sekiranya terdapat permintaan untuk belajar secara individu atau persendirian, saya akan batalkan salah satu tarikh di atas. Belajar di rumah anda atau saya.)

Masa: 9:00 pagi - 6:00 petang
Tempat: Bandar Baru Bangi (Seksyen 4)
Teknik: 20-22 Jenis (Termasuk Teknik Shimmering Flora)

Sekiranya anda berminat, sila hubungi saya. Deposit RM100.00 diperlukan sebagai pra-pendaftaran dimasukkan ke akaun CIMB saya (rujuk info). Sila maklumkan kepada saya samada telefon/sms setelah yuran pra-pendaftaran dibuat. Semua peralatan dan makanan disediakan. Jumlah pelajar adalah terhad kepada 5 orang sahaja. Sila ambil maklum bahawa deposit pra-pendaftaran tidak akan dipulangkan sekiranya anda tidak dapat menghadiri kelas. Tetapi anda boleh mencari pengganti.

No comments: